Actually dah lama beli buku ni.. About a month ago.. Tapi tak dapat nak review because blog pun tak aktif lagi time tu.. So now nak review la.. Buku ini created by Burhan Sodiq, a young Indonesian writer.. Tapi jangan risau.. Bahasanya sangat simple dan mudah difahami..
First of all, after reading the whole chapter of this book I would say that this is a masterpiece.. I started to cry when it came to the half part of this book.. Sangat menyentuh hati.. Buku ni banyak mengingatkan kita tentang pengorbanan dan kasih sayang yg telah ibu dan bapa kita berikan.. Tapi kita sebagai anak, pernah tak teringat akan semua tu? Bagaimana susah payah emak mengandung dan melahirkan kita? Bila kita menangis sebab lapar, dahaga, emaklah orang yg paling sibuk.. Tidur mak tak pernah lena.. Bagaimana pula dengan abah yg keluar mencari rezeki demi sesuap nasi? Sanggup bekerja tak balik-balik semata-mata nak kita membesar dengan sempurna? Ha anak-anak.. Ingat lagi tak waktu kita merengek nak itu nak ini dan siapa yg melayan kerenah kita waktu itu? Bukan orang lain.. Takdanya jiran kita yg datang bancuhkan susu waktu kita menangis tengah-tengah malam.. Tapi mak dan abah kita sendiri ok..
Buku ni jugak ada sertakan hadis dan dalil.. Kira bukan based on pendapat je la.. Bagus buku ni.. Awal-awal dah kasi tahu kita tentang kemungkinan masalah dan kesukaran yg emak kita akan hadapi sewaktu mengandung sehinggalah saat melahirkan.. Ada juga dikongsikan cara-cara nak menjadi anak yg soleh dan solehah, kisah-kisah teladan daripada zaman Rasulullah s.a.w serta doa-doa yg boleh kita amalkan.. Memang confirm menangis..
Kadang-kadang terfikir juga kenapa anak sanggup tinggalkan mak atau abah diorang merempat kat tepi jalan? Kau ingat mak bapak kau tu ****** kurap yg kau boleh buang sesuka hati? Kat dunia ni boleh la kau buat macam tu.. Tapi kat akhirat nanti baru kau tahu langit tu tinggi atau rendah.. Kau jeritlah sekuat mana pun, kau takkan dapat cari punya orang tua yg pernah kau buang dulu.. Tapi semua tu atas kehendak ALLAH s.w.t.. Those yg abandoned parents diorang kat kampong pun tak pernah fikir guna otak ke? Takkan tak boleh balik kampong sekali sekala.. Kalau tak balik, telefon Tanya khabar boleh tak?? Konon malu la beremak bapakkan orang kampong ea? Hello.. Kau tau tak kau tu keluar dari mana? So jangan cakap la pasal malu dengan asal usul.. Eii berapi la bila fikir tentang orang yang tak sedar diri..
Wahai anak-anak sekalian, redha kamu ada pada kedua ibu bapa kamu.. Terutamanya yg lelaki kerana syurga kamu terletak di bawah tapak kaki ibu kamu sendiri..
As for me, memang tak sia-sialah beli buku ni.. Teringat salah dan silap yg pernah dibuat pada mak.. Tak kiralah sengaja atau tak.. Habis saja baca buku ni, memang rasa rindu pada mak sangat menggila.. Macam dipam-pam.. Sepantas kilat sambar handphone and dial nombor mak.. Bila dengar suara mak, hati jadi sayu je.. Before call dah janji takkan nangis tapi entah.. Tiba-tiba tersedu-sedan sampai tergagap-gagap bila bercakap.. Mak pun cemas je suara.. Bila mak tanya kenapa, aku just jawap rindu.. Tapi mak tak percaya.. Mak cakap ni mesti gaduh dengan boyfriend.. Ala mak, anak mak ni serius rindu.. Takda kaitan dengan boyfriend pun.. Kalau tentang hal itu mak jangan risaulah.. Alhamdulillah.. Teman anak mak kali ini jarang buat permata hatimu menangis.. Kalau menangis pun hanya sebab terlalu rindu.. Tapi mak, kali ni orang betul-betul rindukan mak.. Waktu tu dah terbayang sambal tumis ikan bilis mak yg memang paling sangat terbaik in this whole world.. Paling tak tahan bila terfikirkan tentang siapa yg cabut uban mak bila orang takda kat sana.. Siapa yg urut mak bila badan mak lenguh and sakit-sakit.. Lagi lajulah air mata ni keluar..
P/s~~ Mak, thank you for who I am.. Thank you for who I’m not.. Forgive me for the words unsaid.. For the times I forgot.. Mak, forgive the times u cried. Forgive me for not making right & all the storms I may have caused. Mak, I hope you’re happy with my life.. At peace with every choice I made. . I know you believe in all of my dreams.. & I owe it all to u mak..




0 comments:
Post a Comment