March 25, 2011

Final Entry

Hye dearie..

Cik Ruse nak kasi tahu something kat sini.. Ini last entry Cik Ruse.. Cik Ruse takkan berblogging dah.. So kat final entry ni Cik Ruse nak minta maaf dari hujung rambut hujung kaki kalau ada sesiapa yg terasa hati dengan semua entries Cik Ruse.. Cik Ruse minta maaf sangat-sangat kalau ada yg rasa entry Cik Ruse ni ntah pape je.. Cik Ruse tak dapat nak puaskan hati semua orang so Cik Ruse minta maaf untuk kekurangan tu ea..

And Cik Ruse jugak nak ucapkan terima kasih to those yg sudi baca blog Cik Ruse yg tak seberapa ni.. Kalau ada yg terlebih atau yg terkurang tu Cik Ruse minta halal ea.. 

P/s~~ Kalau awak baca ni, saya nak ucapkan terima kasih untuk segalanya.. Saya pernah cakap yg perkenalan kita takkan jadi sesuatu yg sia-sia kan? Banyak yg saya dapat belajar daripada awk..Tentang hidup and serba sedikit tentang komputer.. Saya doakan awak bahagia.. And terima kasih sekali lagi sebab sudi membahagiakan hidup saya walaupun sekejap..  

March 14, 2011

What if whats best for us is the hardest thing to do..

Ye.. Sy tahu sy hanya menumpang.. Sy takda hak nak buat pape.. Even sy kasi cadangan pun awk akan balas dengan kata-kata sinis.. 

Sy rasa tersisih sangat.. Awk makin pentingkan diri awk.. Awk tak pedulikan perasaan sy.. 

Sy tahu orang akan mula buat perangai bila dia dah tak mahu.. Bila dia dah bosan.. Sy dah belajar daripada pengalaman..

Sy tahu awk akan cakap semua tu salah sy.. Sy tahu.. And sy terima..

Awk pernah cakap.. Awk buat semua tu untuk sy.. Sebelum mula semua tu, awk cakap awk perlukan pandangan sy.. Tapi sy tak nampak pun hak sy kat situ.. Bila sy kasi, banyak yg awk tak suka.. Takpe.. Sy tak kisah sebab maybe cadangan sy tak elok.. Sy tahu awk tahu mana yg lebih baik sebab itu kepakaran awk.. Sy tak nafikan awk hebat dalam bab tu.. Sy tak kisah awk tak nak guna idea sy tapi awk, kalau pun awk tak nak, janganlah tegur and perli sy dengan kasar.. Cara awk cakap macam sy ni menyusahkan awk.. Awk selalu marah-marah.. 

Sy minta maaf kalau sy banyak susahkan awk kebelakangan ni.. Banyak yg sy tak tahu so banyak yg sy kena tanya awk yg maybe buat awk bosan dengan sy.. Takpe.. Sy tak salahkan awk..Memang salah sy pun sebab tak pandai dalam hal-hal tu..


Semenjak ada semua tu, awk seems tak nak lagi luangkan masa lagi dengan sy.. Bila kita cakap dalam phone pun awk selalu tak sabar nak letak.. Tak macam sebelum ni.. Before ni each time sy nak letak awk selalu tak kasi.. And bila awk pula yg terpaksa off, awk macam berat hati.. Tapi sekarang dah tak lagi.. 


Awk cakap awk buat semua tu untuk buat sy happy.. Ye, sy happy sangat.. Tapi tu dulu.. Sebelum awk berubah.. Sekarang sy dah tak rasa happy.. Sy sanggup tak ada semua tu asalkan awk tak berubah sampai macam ni sekali.. 

Awk semakin jauh daripada sy tahu tak.. Awk dah tak perlukan sy lagi kan..  Awk dah ada something yg boleh teman awk bila awk sunyi.. Lagi-lagi dalam seminggu dua ni akan ada teman-teman yg stay sekali dengan awk.. Time tu awk tak akan rasa sunyi dah.. Dah ada teman nak berbual.. Kongsi cerita.. And maybe kehadiran sy ni akan awk tolak ke tepi.. 

Awk.. Hati sy sakit.. 

Sy tahu awk akan cakap sy mengada-ngada.. Tapi awk, inilah sy.. 

Sy rindukan awk yg dulu.. Yg akan ketawa sama-sama dengan sy.. Yg akan tenangkan hati sy bila sy gundah.. Yg akan temani hari-hari sy tanpa marah-marah.. Yg akan bersabar menjawab pertanyaan sy.. Yg akan kiss sy banyak kali even cuma dalam phone.. Yg manja bila bercakap dengan sy.. Yg akan mengeluh waktu nak letak phone because tak puas lepaskan rindu.. Sy rindu lelaki itu.. Kembalikan dia pada sy semula, awk.. Please..


Cinta tak memilih waktu datangnya
Tak memilih kepada siapa
Tak tahu dimana hujungnya
Meski kemudian banyak insan yang tak menyedari cinta hakiki yang selalu datang dalam hati dan tak memilih zat apapun untuk dihinggapinya
Cinta yang terlalu mulia untuk sekadar terabai

….

Jangan bertanya itu cinta siapa….
Tanya hati
Dalami lagi dalam relungmu..


Sy cuma manusia yg lemah.. Yg punya terlalu banyak kekurangan.. Yg memerlukan awk sebagai bakal pemimpin sy.. Bukan dengan cara awk diam dan memendam bila sy buat salah.. Macam tu jugak dengan sy.. Sy selalu suarakan kehendak hati sy sebab sy tak pendam.. Sebab sy nak awk tahu, apa yg sy suka and apa yg sy tak suka.. Sy tak pendam kerana itu cuma akan lukakan hati sy sendiri.. Sebab tu sy luahkan perasaan sy kat blog ni.. Sebab sy nak awk tahu apa yg rasa.. Tapi awk tak suka macam tu kan..


Sekarang pun sy perasan yg awk buat banyak benda macam nak sakitkan hati sy.. Awk dah mula tak hormat diri and perasaan sy.. Awk sengaja buat macam tu ke? Sebab awk dah tak tahan dengan sy ke.. Sebab awk dah bosan dengan sy.. So awk nak sy tinggalkan awk? Sebab awk nak cari or dah jumpa orang lain yg mampu mencintai awk lebih baik daripada sy?


Awk, sy minta maaf untuk segala-galanya.. Sy minta maaf atas kebodohan sy, kekhilafan sy dan sy minta maaf sebab tak mampu jadi and buat yg terbaik untuk awk.. Tapi sy bersyukur untuk apa yg awk dah buat untuk sy.. Terima kasih awk.. Terima kasih sebab bahagiakan sy walaupun hanya sekejap.. Tapi jiwa sy tak kuat bila diuji begini.. Maafkan sy..


Aku dan perasaan ini..


P/s~~ Sy cuma manusia biasa yg hanya mampu mencinta dengan cara sy.. Cinta yg sy harapkan setia.. 

March 12, 2011

Aku dan perasaan..

Terasa maruah diri semakin hilang.. Semakin menjauh... Camna nak kembalikan semula ni???? Apa patut aku buat???? Layakkah aku nak menghuni taman syurga nanti???? Hebatnya ujian MU YA TUHAN... Sungguh aku lemah di saat ni.. Terlalu lemah dan sangat tak berdaya...

Awak, sy perlukan awk untuk membimbing sy... Tempat sy bergantung harap... Tempat untuk sy berlindung... Jangan biarkan sy terus sesat awk... And sy harap awk pun macam tu jugak...

P/s~ Sy mahu awak jadi IMAM sy..

Aku mohon YA TUHAN..


Oh Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang
KepadaMu aku meletakkan pengharapan
KepadaMu aku menyerahkan diri
Maha Suci Engkau
Aku pohon keredhaanMu yang hakiki.

Oh Tuhan
Sayangilah insan yang aku sayangi
Kasihanilah orang yang aku kasihi
Ampunilah orang yang minta pengampunan
Terutama diriku yang lemah ini.

Berilah aku kekuatan
Berilah aku ketabahan
Berilah aku kebahagiaan
Berilah aku penawar segala kesakitan.


Ya Tuhan
Pemilik kerajaan di bumi dan di langit
Berilah aku, kaum keluargaku dan orang kesayanganku kebahagiaan
Di bumi dan di akhirat nanti.

Amin...


P/s~~ Maaf... Sy bukan manusia yg sempurna.. 

March 8, 2011

Sumpah Tak Cari Lain


Thank you sayang sebab bahagiakan diri ini... Thank you sebab terpaksa susahkan diri untuk buat Cik Rusa happy. Sampai terpaksa korbankan masa, duit and tenaga... Sayang, till death do us part, I'll promise to always be by your side for better for worse... Cik Rusa sayang En.Rusa kewtat kewtat kewtat kewtat kewtat...

February 28, 2011

Gile tensen!!!!!!!

Terngiang-ngiang ayat-ayat tu kat telinga... Asyik ternampak je ayat-ayat tu kat depan mata... Runsing!!!! Saket ati!!!!! Mara!!!!! Sedey!!!!!! Nak let go perasaan ni... Tak suka... Mencikkkkkkkk!!!!!!

February 25, 2011

......

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, "Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

"Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia," tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. "Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau," hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
"Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…"

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, "Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late.." Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, "Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf," pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

"Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?" jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

"Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok," ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

"Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?" aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

"Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi," pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Credit to : Tentang Cinta

Cik Rusa pernah buat lebih kurang macam perempuan tu buat... Bezanya just that Cik Rusa buat surprise cupcakes... Love messages pulak taruh kat kapsul and bukan origami... Cik Rusa buat semua tu sebab mahu dia bahagia... Tapi...Entahlah... Kali ni Cik Rusa dah janji tak nak buat macam tu dah... Tapi tak tahu kenapa Cik Rusa buat jugak... Hurmm...


That surprise cuppies
Had to hide that person...


The Love's Drugs
My mom call me 'balang' bcoz of this thingy...


P/S~~ Salah ke kalau terlalu menyayangi dan menghormati?

Something Happened To My Heart...

Something Happened To My Heart - A&T

Cik Rusa suka gila kat lagu ni... Before tidur sure akan dengar lagu ni dulu... Even ringtone hp pun Cik Rusa guna lagu ni... Since bila ea??? Since the past 2 years kot... Lama kan?? Even tukar hp but ringtone tetap sama... 

Kalau ada yg tanya Cik Rusa tak jemu ke 2 tahun dengar lagu ni ke?? Jawapan Cik Rusa entahlah... Tak pernah pulak Cik Rusa rasa jemu... Tapi sungguh Cik Rusa sangat addicted dengan lagu ni since 1st time Cik Rusa dengar waktu tengok siri Boys Over Flowers tu... Cik Rusa perasan lagu ni waktu Ji Hoo, Yi Jeong dengan Woo Bin walking along the isle as groom a.k.a Jun Pyo punya best men... 

Susah nak cari lagu ni... Because lagu ni tak popular sangat macam ost lain dalam siri tu... Soundtrack macam Because I'm StupidParadiseMaking You My Lover,  and etc kan famous waktu tu... Huhh... Once dah dapat memang melompat giranglah Cik Rusa... Antara moment paling best la setakat ni... Hehe

P/S~~ Even lagu yg lain best tapi  Something Happened To My Heart tetap juara carta lagu paling best pada Cik Rusa... Tahniah!!! Hikhik


Rindu Benor Kat Teman...Sabojelah....^^

Hye...wahhh Cik Ruse nie, bukan maen lgi ek sakit rindu die tue...rindu benor ke kat teman...??? tu la...Cik Ruse ni selalu fikir bukan2 kot kat En.Ruse...En. Ruse dah agak dah...bile ade sesuatu yang agak terkejut dan tak kene mesti Cik Ruse tulis banyak2 entry kat blog ke, kat fb ke, atau kat mne2 lagi....

Teman tau memang itu carenye nak luahkan perasaan Cik Ruse...tpi En. Ruse kan ade...knp xluahkan kat die je ape yg terpendam tue...^^ En. Ruse sedie jadi kaunter luahan perasaan...hehehe guraujer...

Pasal mcD tue...smlm g mcD...gare2 awklah Cik Ruse ckp mcD ad menu baru...tgok ade yg lagi beso punye pon ade...takut nk mkn...last-last beli dabel spicy mc Deluxe...bestnye mkn...smbil mkn smbil ingat Cik Ruse...klu En. Ruse kat sane, En. Ruse da belanje dah...tapi xler dabel sbb tkut2 nnt tibe2 Cik Ruse pon bertukar jadi dabel...cne nnt???hehe...

Thx sbb mengingatiku selalu and gud luck for the quiz...muahh....^^

Last Entry~~

Awk, maaf kalau call sy ganggu awk buat kerja... Sy tahu awk tak nak diganggu tapi hati sy tak dapat tahan... Sy rindu awk... And rindu sy bukan sikit awk... T.T

Sy nak je order double spicy chicken Mcdeluxe waktu kat Mc'd td... Sebab sy rindu sangat-sangat kat awk... Tapi duit sy tak cukup... Even nak order spicy chicken mcdeluxe pun tak mampu... T.T

Sy tak tahu macam mana nak lepaskan rindu sy kat awk... Tapi bila tengah kemas-kemas barang nak balik, sy jadi teringat something... Awk tahu tak... On the way balik tadi sy singgah kedai runcit... Awk tahu sy beli apa? Mamee tomyam... Hehe... As for me, jadilah daripada takda... At least dapat jugak sy lepaskan rindukan sy pada awk... :)

Awk... Nak tahu lagi tak?? Waktu sy makan mamee tu kan, sy asyik teringat awk je... Berbunga-bunga hati sy bila fikirkan yg sy tengah makan makanan favourite awk... Even sy sedih tapi sy senyum... Sebab sy sayang kat awk... :)

Awk... Sy rindu... ~~sigh~~

Sy nak... T.T

Ubat rindu sy... T.T


P/S~~ Abah bank in duit lewat... Sy tak dapat nak pergi Mc'd malam td... Sy nak chicken mcdeluxe sebab sy masih rindukan awk lagi... Sy nak yg double sebab rindu sy dah makin banyak kat awk... T.T

February 24, 2011

Marah... Rindu... Risau... Sedih...

Cik Rusa baru call dia.. Nak tahu keadaan dia macam mana... Alhamdulillah... Dia ok... Cuma pening-pening because kena hujan... Risau jugak tapi Cik Rusa dah minta dia tidur awal... Hopefully bila bangun tidur nanti he will feel more better... 


Cik Rusa tak tahu macam mana nak describe feeling Cik Rusa sekarang... Semua perasaan ada... Rasa marah dekat perempuan yg tabur fitnah tu... Rasa rindu kat family and En.Rusa... Rasa risau dengan group assignment yg tak start apa lagi... And rasa sedih dengan segala yg jadi hari ni... 


Rasanya macam nak diam je... S.E.N.Y.A.P... Macam mana ni?? Apa patut Cik Rusa buat En.Blog??? Cik Rusa dah rasa lemah sangat ni...


P/S~~ Cik Rusa rasa macam nak balik Sepang... T.T


P.I.S.S.E.D...O.F.F!!!!!!


Yessss... I'm totally pissing off right now... Cik Rusa telah difitnah!!!! Jahat betul mulut perempuan busuk tu!!!! Kalau ye pun nak tarik perhatian that guy, napa mesti kaitkan Cik Rusa yg takda kena mengena langsung dalam cerita cinta korang??? B*****!!!!!!!

Lepas Maghrib tadi my BFF call gitau bout that made up story!!! Tak boleh blah langsung dengan perempuan macam tu!!!!! Elok pun bf kau cari perempuan lain and tinggalkan kau!!!! Sanggup menjaja cerita mengaibkan orang lain semata-mata sebab nak tagih simpati!!! Eiii... Angin Cik Rusa jadinye!!!

To my BFF, sabar ok... Nanti TUHAN tunjuk la siapa yg betul siapa yg salah... Prepare untuk presentation tu dulu... Biar hal ni reda dulu then baru settlekan... Huhh~~

Makin kurang mood Cik Rusa hari ni... Petang esok ada kuiz... Tak boleh nak concentrate la camni... Masalah datang bertimpa....

P/S~~ Cik Rusa sedih sangat ni... Kat sapa patut Cik Rusa mengadu sekarang?????

Sorry... Maaf...

Cik Rusa kat Mc’d ni.. Saja bertapa because nak study sikit-sikit… Ada quiz esok.. On syntax.. Hopefully Cik Rusa dapat buat yg terbaiklah hendaknye…  Amin…

Hurmm… Cik Rusa telah diminta untuk tak mengganggu seseorang buat masa sekarang… Arasso… Cik Rusa takkan ganggu… Cik Rusa faham yg tak setiap masa diri Cik Rusa ni diperlukan… Kalau Cik Rusa ada terkasar bahasa or tercakap something yg menyakitkan hati, Cik Rusa minta maaf…  Semua tu berlaku secara tak sengaja…

I am just an ordinary girl...

Kadang-kadang niat nak bergurau boleh disalahertikan… Takpe.. Tiap manusia tu berlainan kan… Cara berfikir and acceptance for one issue tu pun different… Unik.. One of a kind… Cik Rusa just boleh minta maaf… Kepada orang itu, I’m so sorry if I had made any mistakes…

Tapi kalau bukan sebab itu and atas sebab lain, Cik Rusa tak tahulah.. Sebab before ni ada jugak yg minta jangan dirinya diganggu oleh Cik Rusa… Hurmm.. Perangai Cik Rusa ni teruk kot… Sebab tu orang asyik minta Cik Rusa jangan ganggu diorang… Huhh~~

Cik Rusa rasa down la… Tengah nangis? Huhh… Yelah.. Cik Rusa kan cengeng… Tapi takdalah teresak-esak.. Lagi pun ni kan kat public… Just keluar air mata setitik dua je… Not nice lah kalau meraung bagai depan orang… Huhh~~

Hurmm… Salah Cik Rusa ke?? Bila Cik Rusa buat tak tahu, orang cakap Cik Rusa insensitive.. Tapi bila Cik Rusa show concern, mesti kena marah-marah… Kawan Cik Rusa cakap dah jadi macam punching bag dah.. T.T

Sekarang Cik Rusa berserah… Dah penat sangat rasanya… Tak tahu nak buat apa…

I am...

P/S~~ Cinta takkan mudah berubah kalau hati benar-benar suka… Buruk baik kamu, aku terima seadanya… Dengan satu kebaikan yg kamu berikan pada aku, akan aku tutupi 10 keburukan kamu jika ada… Kerana menyayangi kamu adalah satu nikmat yg sangat aku syukuri… Namun andai aku punya hanya 9 kebaikan dan 10 keburukan pada mata kamu, maka tinggalkan aku… Kerana terlebih satu keburukan itu mungkin akan memusnahkan impian kamu untuk jalani bahagia…

2ND P/S~~ Hopefully dia ok..

3RD P/S~~ Hari macam nak hujan… Kalau tak balik sekarang sure basah nanti… 

Projek teng teng teng...

Well tonite supposed Cik Rusa nak buat projek teng teng teng untuk En.Rusa... Projek??? Hisshh.. Sila jangan fikir out of the box ok... Ni projek bersih... Clean & clear punya.. Serius takda lucah-lucah... Toink toink... 


But.. But.. Kenapa???? Mengapa??? Napa mesti malam ini jugak???? Aishhh... Projek teng teng teng tak dapat dilaksanakan because he wanted to go to sleep earlier tonite.. Alasan baik punya: Sebab kenyang makan maggi dengan milo... Huhh.. Layan aje la...  

Tapi kan... Rasanya because Cik Rusa terlewat call tadi kot.. Bukan sengaja lorr.. Tadi Cik Rusa busy berchit chat dengan BFF Cik Rusa about the preparation for her wedding.. Maybe sebab dia tunggu lama so mata pun tak dapat tahan... Then tidurlah solutionnye kot... Huhh... Im so sorryyy my deer... 

Tapi kan... En.Rusa memang punya tabiat yg macam tu pun... Cik Rusa rasa semua lelaki camtu kot... Kenyang je sure nak tidur... Kenyang sikit tidur... Padahal makan maggi je pun... Perut tak buncit-buncit jugak... Kurus jugak... Ape la... (Sayang jangan marah ok... Nanti tak babyface dah) Hakhak...

Pelik tapi benar.. Even kekadang tu tengah-tengah cakap pun, dia boleh pulak tidur... Tahu-tahu senyap je... Bukan sekali ok... Dah terjadi beberapa kali jugaklah Cik Rusa cakap sorang-sorang... Kekadang sampai menangis jadinya.. Haa... Time tu barulah dia gabra.. Hikhik... Nasib Cik Rusa ni jenis yg tak cepat angin... Cuma nangis gitu-gitu je.. Kalau jenis yg cepat naik antu tu, jenuh la En. Rusa  nak memujuk bagai... Mahu melayang duit nak kena beli rose, cekelat, teddy bear... Silap-silap berlian pun terpaksa diadakan... So jangan main-main ok dengan perasaan perempuan yg cepat merajuk ni... Lucky I'm not kan awk??? Hehehe

Berbalik pada cerita tadi.. Projek teng teng teng... Petang tadi dah kasi hint kat En.Rusa pasal projek tu... Niat asal nak laksanakan projek tu bila dating nanti.. Tapi hati meronta-ronta nak malam ni jugak.. Huhh lagi... 

Actually projek tu dah lama dah Cik Rusa prepare... Since 2 minggu lepas kalau tak silap... Nak buat pre-surprise (kononnya) kat buah hati tersayang... Tapi nan ado surprise sebab tak tahu bila nak dating... En.Rusa busy kerja... Huhh lagi lagi...

So plan malam ni nak la buat teaser sikit... Bila dating nanti barulah boleh buat full presentation.. Hikhik... Tapi nan ado jugak... Sebabnya yg kat atas tu lah... Si buah hati pengarang jantung nak tidur... 


Takpalah... Tidurlah En.Rusa... Ni lagu utk En.Rusa... Pasni before tidur sila dengar lagu ni dulu... Cik Rusa nak iron baju... Esok nak melaram pakai baju kurung... Hikhik

P/S~~ As long as you love me...

February 22, 2011

Konichiwa...

Assalamualaikum...my name is En.Ruse...untuk pertama kalinye sy menulis blog dan pertama kalinye jgk sy tulis kat blog org (Cik Ruse)...tq Cik Ruse sbb ajar En. Ruse...hehehe...

Semalam adalah hari yg agak memenatkan pada En. Ruse...kene wat itu...wat ini...sampai mate pon jdi berat...dan akhirnyer zzzz...zzz...zzzzz....sory bos ttdo jap...tpi yg bestnye smalam bos blanje En. Ruse dinner...hmm bestnye ade bos yg sgt2 bek...rase seronok En. Ruse untuk terus berkhidmat...abes keje g makan...happy sungguh bos...mklmlah da nk jd pengantin baru gamaknyer...kwn skerje pon happy jgk...seronok bekerje dgn die sbb die selalu tdo mcm beruang kat tempat keje...hehehe guraujer...ble sume happy, En. Ruse pon happy jgk...thx bos for the dinner...penatnyer rase...

Balik tue.........

Hmm...knp xde msg?knp xd pglan?

Kul 9:30 En. Ruse kol  Cik Ruse...
En. Ruse: "Hello...Hyee...syg wat ape tue?"
Cik Ruse: "xwat pape"...

Jadi bunyi mcm xde pape En Ruse pon bual dengan Cik Ruse mcm biase...tapi hati En. Ruse mcm xsdp tye lg soalan yg sme dn jwapan Cik Ruse pon same jugak...dan kali ke 3 En. Ruse tye lg Cik Ruse pon menangis...

En. Ruse:" Kenape nie yg? cube cite kat abg"

Pastu Cik Ruse pon cite la semuenye...rupe2nye tgh rindu kat mak Cik Ruse...hehehe...jd Cik Ruse pon bual-bual lg smpai kmi berdua mengantok dan tdo sme2...

Pada keesokan harinye...

Macam biase g keje dan bnde pertama g bkak fb dan bkak blog...apabila bace blog yg ditulis Cik Ruse, En. Ruse rase sebak...sbnrnye Cik Ruse rindu kat En.Ruse...ptot la die nanges2...die risau xdapat bg En. Ruse kebahagian sbb En. Ruse pye status kat fb...hmm

En. Ruse:"(bos + awek die) + (alfred + awek die) + (aku + 0 ) = sorg2..."

P/S~~ walaupun En. Ruse sorg2, En. Ruse xpnah pk untuk cri awek len...ati En. Ruse akan sentiase kuat hye untuk Cik Ruse sorg sahaje...mkin ari mkin geram dgn Cik Ruse nie...hehehe...mmmmmuuuwaaaaahhh...^^

Jiwa Tersentak Dek Status Part II

Tadi waktu Cik Ruse tengah tulis blog tentang status En.Rusa tu, tiba-tiba En.Rusa call.. Macam tau-tau je Cik Ruse tengah down sekarang And of course time En.Rusa call tu air mata tengah menitis ok..

Ye, memang Cik Ruse ni cengeng terlebih.. Sikit-sikit nak nangis Rindu sikit nangis Sunyi sikit nangis Kena marah sikit pun air mata akan bergenang Tu belum lagi kesian tengok orang yg susah Even bila tengok mak and abah lovey dovey pun Cik Ruse akan jadi sebak Bukan sebab jeles ok.. Tapi sebab terharu dengan kasih sayang mak and abah Cik Ruse

     Okay, kita dah lari topik Sambung tentang call tu Mula-mula rasa macam berbelah bagi pulak nak jawab call En.Rusa.. Nak jawab tanak.. Nak jawab tanak.. Ishh.. Jawab je la.. 1st, kesat air mata dulu.. Then eherm eherm Basahkan tekak Suara kena buat-buat cool And macam biasa each time nak cakap dengan En.Rusa, Cik Ruse akan keluar bilik So, menjawablah jugak call daripada sayang Cik Ruse tu

     Waktu tengah cakap-cakap Cik Ruse memang takda mood Bukan sebab marahkan En.Rusa, tapi sebab Cik Ruse sedih Kesian kat En.Rusa because terpaksa hidup sorang-sorang kat sana and Cik Ruse sebagai kekasih tak dapat nak buat apa-apa Maaf sayang

     And maybe sebab tone suara Cik Ruse yg tak macam biasa, so En.Rusa pun jadi perasan 2-3 kali jugak dia tanya apa yg tak kena dengan Cik Ruse malam ni Jawapan Cik Ruse standard Takda pape But untuk kesekian kalinya bila En.Rusa tanya, Cik Rusa tak dapat tahan dah

Tengoyak lagi la Cik Ruse malam ni Tapi Cik Ruse tak kasi tahu sebab sebenar because tak mahu En.Rusa jadi sedih Cik Ruse buat alasan rindu kat emak Yg mana memang betul pun Cik Ruse dah terlampau rindu kat permaisuri rumah tu En.Rusa pujuk Cik Ruse jangan sedih-sedih Bila En.Rusa pujuk even dia tak tahu sebab sebenar kesedihan Cik Rusa pun, hati ni dah mula rasa ok Thank you sayang

     Bila dah menangis dengan En.Rusa baru hati Cik Ruse jadi lega Barulah boleh ketawa bagai Aishh Hati ni nak kena ada En.Rusa baru dia ok Nak mengada-ngada dulu agaknya Tak apa kan En.Rusa bila Cik Ruse behave camni?? J

Tapi seriously Cik Rusa memang tersentak + sedih + terkedu bila baca status FB En.Rusa tu Huhh But when we were done talking for about couple of hours, my heart is at its relived And I realized that I am so much into a guy named M******* Z****** Sumpah tak tipu!!!

P/S~~ Awk, sy akan try untuk pergi dekat dengan awk... I will try my best to pujuk abah and mak to let go me hunting job kat sana Awk doa-doakan ea




Jiwa tersentak dek status



Ye hati ini tersentak.. Pukul 8 tadi saja on FB and jenguk-jenguk apa yg patut.. And dah jadi satu kemestian Cik Ruse akan terjah FB En.Rusa each time on FB.. Even dia jarang update status, jarang upload pitcha and jarang komen, tapi Cik Ruse tetap akan jenguk jugak..

Usually he will update his status when both of us encounter some sort of problems with our relationship.. Macam salah faham ke.. For sure FB akan jadi tempat En.Rusa luahkan rasa tak puas hati dia Daripada situlah Cik Ruse akan tahu perasaan En.Rusa macam mana And today Cik Ruse tak expect langsung dia akan update because as far as I know kitorang lovey dovey je hari ni Hurmm Cik Ruse rasalah

“(bos + awek die) + (alfred + awek die) + (aku + 0 ) =sorg2...
     Latest status En.Rusa..

Ya Tuhan, dia mengeluh Huhh~~ Today ada makan-makan dengan bos and budak ofis dia.. Dia memang dah kasi tau awal tentang benda ni and Cik Ruse pun dah take note.. So daripada status tu dah terang lagi bersuluh yg En.Rusa sy makan sorang-sorng meanwhile his boss and his colleague were enjoying themselves with their partners

Cik Ruse ingat takda apa-apa lah because makan-makan je kan But when I read that status perasaan ni jadi lain At that very wordless moment, the very 1st thing that came across my mind was he needs someone who is closer to him Bukan macam Cik Ruse yg sentiasa jauh ni :’(

Cik Ruse and En.Rusa bercinta jarak jauh Sorang kat utara and sorang di selatan Selalu juga Cik Ruse dengar En.Rusa mengeluh yg dia bosan sorang-sorang kat sana Cik Ruse tahu dia sedih bila selalu macam tu Tapi En.Rusa, sy pun sedih jugakT.T


Menitis air mata Cik Ruse lepas baca status tu.. Terkedu.. Jadi wordless.. Ye, Cik Ruse tahu kita jauh.. Tapi sayang, janganlah selalu mengeluh.. Cik Ruse risau kalau hati En. Rusa tak kuat Kalau tiba-tiba ada yg menggoda kat sana, macam mana? Susah hati Cik Rusa bila fikir tentang hal ni

P/S~~                                                                                                                                                                    Awk, awk perlukan someone yg dekat dgn awk ke? Perlu ke sy lepaskan awk?